Trend perniagaan internet 2012
by Zainin Osman | on January 29, 2012
Tahun 2012 ni akan ada banyak perubahan dari segi strategi dan juga perubahan dari segi pasaran. Berikut pandangan dan pendapat saya tentang perniagaan internet untuk tahun 2012 ni. Perniagaan internet semakin tepu : Jangan salah anggap dan buatkan anda putus asa bila dengar pandangan saya ni. Maksud saya, tahun demi tahun saya lihat semakin ramai orang yang mengajar cara buat duit di internet. Perkembangan orang yang dah semakin pandai buat duit online ni sangat pantas lebih pantas dari perkembangan orang yang baru nak belajar. Ini bermaksud, bekalan lebih laju daripada permintaan pasaran. Saya cadangkan, anda yang baru bermula nak buat duit di internet ni, cari satu niche yang bukan dalam niche perniagaan internet. Ianya lebih senang untuk anda dapatkan jualan berbanding niche ini. Strategi kupon dan diskaun Cubalah strategi ini dan ianya memang sangat berkesan. Kalau kita lihat pasaran antarabangsa, laman web Groupon semakin berkembang dan idea disebalik Groupon adalah pemberian kupon dengan harga diskaun dalam masa yang dihadkan. Dah banyak laman web yang meniru cara ini dan anda juga sebagai penjual boleh gunakan strategi ini tak kisahlah anda menjual produk fizikal ataupun produk digital. Untuk makluman kalau belum tahu, Groupon merupakan laman web yang paling cepat berkembang dalam sejarah. Buat masa ini, model bisnes dan idea pemasaran sebegini memang tengah meletup dan dijangka semakin meletup tahun 2012 ni. Jadi, sama-sama kita ikuti gelombang ini. Bukan saya nasihatkan anda untuk buat satu lagi klon Groupon, tapi kita ikut strategi pemasaran yang dijalankan. Saya sendiri sedang mencuba kaedah ini. Pesaing semakin bertambah Dalam sejarah perniagaan internet, tahun 2011 melihatkan semakin ramai orang yang berjaya menghasilkan produk sendiri di internet terimakasih kepada guru-guru internet yang mengajar cara nak jual produk online. Hasilnya, semakin ramai orang yang menjual di internet dan kini semakin banyak pesaing anda. Kelebihan saya buat duit 5 tahun dulu, pesaing tak ramai. Tapi kekurangannya adalah info dan teknologi yang kurang. Sekarang dah ramai pesaing dan sebagai penjual, anda perlu cepat-cepat luaskan pengaruh anda dan bila dah berjaya luaskan pengaruh, ikat hati pelanggan anda supaya mereka setia dengan anda. Menangi hati pelanggan anda. Satu lagi tips paling penting, jadilah usahawan yang unik supaya anda berbeza dengan pesaing-pesaing anda. Facebook terus menjadi sumber trafik utama Cakap pasal trafik, gergasi media sosial iaitu Facebook pasti akan terus menjadi sumber trafik utama pada tahun 2012 ini. Kalau sebelum ni kita dengar Facebook agak goyah dengan kemunculan Google+, tapi hari demi hari kita dapat lihat kenapa Facebook jauh lebih baik dari Google Plus. Di Malaysia, ahli Facebook semakin bertambah dan inilah masanya untuk anda menarik trafik dan menggunakan strategi pemasaran Facebook. Kita sendiri dapat lihat Facebook terus melakukan update untuk jadi terus relevan dimata pengguna mereka dan menjadi ‘baru’ dan segar untuk pengguna mereka. Dengan ini, saya boleh katakan teknik menarik trafik menggunakan Google Adwords semakin kebelakang dengan kekuatan Facebook hari ini. Anda perlu lebih pantas! Ya, anda perlu lebih pantas untuk menuntut ilmu, pantas untuk take action kerana ingin meninggalkan pesiang anda dibelakang. Kalau tahun lepas anda boleh berlengah-lengah lagi, tahun ini tidak! Buang tabiat membuang masa anda, kurangkan waktu tidur yang tak perlu, dan fokus kepada buat duit di internet. Dengan ini, anda boleh meninggalkan pesaing anda dengan lebih cepat dan dengan lebih cepat juga orang boleh mengenali jenama anda. Masa untuk bina jenama pemasaran anda : Kita sendiri perlu mula membina jenama pilihan masing-masing dalam setiap produk atau perkhidmatan yang dijual. Dengan ini membuatkan orang teringat kepada anda setiap kali terdengar perkataan jenama pilihan anda itu nanti. Ini salah satu cara pemasaran percuma yang berkesan. Dengan kemunculan pesaing-pesaing baru anda, tak kiralah anda jual servis, produk digital mahupun produk fizikal, anda perlu bina jenama anda dan luaskan jenama anda sekarang juga! Multiple streams of income! Inilah tahun yang mencabar untuk anda dengan harga barang semakin naik dan dengan pesaing semakin bertambah, anda tak boleh begitu bergantung hanya kepada satu-satu cara buat duit sahaja. Kalau anda buat bisnes affiliate, anda boleh pelbagaikan lagi pendapatan anda dengan buat affiliate, clickbank, bisnes facebook, bisnes blog dan sebagainya. Kalau anda selama ni aktif dalam niche perniagaan internet, tambahkan lagi niche anda dalam niche kewangan, kesihatan, kerjaya, dan sebagainya. Inilah masa untuk anda menambah niche dan menjadi ‘orang lama’ dalam niche-niche yang baru sebelum orang lain masuk kedalam niche tersebut. Berminat nak cuba niche perniagaan berkaitan telekomunikasi silalah lawati web ini; http://www.onelifefreecall.com/?id=zainin
Facebook Comments