Selamat Tahun Baru 2012
by Zainin Osman | on December 31, 2011
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Saya ingin mengucapkan salam Tahun Baru 2011 kepada semua pejuang usahawan internet. Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama melahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin serta limpah kurnia-Nya kita dapat menyambut Tahun 2011 ini dalam suasana yang aman damai dan sejahtera.
Melangkah ke tahun baru, tahun 2011. Satu haribulan Januari tidak berbeza dari hari-hari lain, dan tahun 2011 sama sahaja dengan tahun-tahun lain. Tetapi kita boleh jadikan satu Januari 2011 sebagai titik permulaan bagi kita mengubah sesuatu dan sudah tentu kita ingin memulakan dan mengubah daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik. Oleh itu eloklah jika kita perhitungkan nasib dan keadaan kita sebelum Januari 2011, supaya dapat kita tentukan apa yang perlu dibaiki.
Bagi usahawan, setiap ketibaan tahun baru adalah satu penghijrahan untuk meningkatkan prestasi perniagaan ke tahap yang lebih baik dari sebelumnya. Konsep penghijrahan bukan sekadar menanam azam atau melaksanakan strategi baru. Tetapi, ia merupakan anjakan yang lebih menyeluruh meliputi diri usahawan, perniagaannya dan persekitaran keusahawanan.
Bagi usahawan yang baru berniaga, penghijrahan perlu dilakukan secara perlahan-lahan tetapi konsisten….jom join komuniti rakan niaga kami di sini; http://www.OneLifeFreeCall.com/zainin Selamat Maju Jaya untuk semua,insyaAllah…

Facebook Comments