Antara Hikmah Rahsia Solat

by | on January 23, 2012

Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa ada sekali Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya.Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur.Baginda ambil ranting sebatang pohon yg daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya,seraya Baginda s.a.w bersabda,“Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH,dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini”.

Solat ini ada banyak kebaikan dan rahsianya. Antaranya, Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.

1 – Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 – Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 – Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 – Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu’ : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I’tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 – Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 – Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 – Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 – Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 – Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13 – Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Artikel iluvislam.com

 

 

 

 

This entry was posted in Islam
Tags: , , ,

About The Author:

Hello.. I am Zainin from Malaysia. I love the internet marketing and home based business industry! It is the only industry where everyday I get to see dreams achieved.My dream job is to be a stay at home dad. I have been making strides to do this earning multiple streams of income from different sources of residual income and commissions.I am very passionate about my dreams and goals as I am passionate about helping others pursue their passions and succeed in business. Love what you do, Do what you LOVE;

Facebook Comments